Antara isi kandungan yang dibentangkan ialah berkaitan panduan
perlaksanaan pengurusan pentadbiran kariah, pengurusan kewangan dan
aktiviti pengimarahan masjid.
Saya bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman mengharapkan
supaya buku ini dapat dimanfaatkan sebagai garis panduan terutamanya
oleh pihak Jawatankuasa Kariah,Pegawai-Pegawai Masjid dan individu-individu
yang bertanggungjawab dengan pengurusan institusi masjid.
Oleh itu saya berdoa dan berharap agar buku ini dapat diterima sebagai panduan
yang praktikal dan pemankin menjadi dorongan kepada semua
pihak ke arah memperluaskan dan memantapkan peranan institusi masjid
sebagai pusat aktiviti masyarakat.
Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada
pengarang-pengarang, Majlis Agama Islam Melaka yang telah memberi
kebenaran mengambil sebahagian kandungan dari Buku Pengantar Sains
Pengurusan Masjid seterusnya individu-individu yang terlibat di dalam
menjayakan penerbitan buku ini.
Sekian terima kasih.
Wassalam
Yang Dipertua, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Negeri Kedah Darul Aman.