PENGURUSAN SEMPURNA DAN PENYELENGGARAAN MASJID/KARIAH
Menurut Peraturan-peraturan Jawatankuasa Kariah Tahun 1984 menyatakan :
Perkara 8- Jawatankuasa Bersama Pegawai Masjid,
- Hendaklah memberitahu kepada Majlis apabila didapati ada kekosongan atau dijangka
akan menjadi kosong jawatan Pegawai Masjid dalam kariah dan hendaklah mengesyorkan
nama-nama calon untuk mengisi kekosongan ini.
- Bertanggungjawab menyelenggara dan menjaga kesempurnaan dan kebersihan masjid,
surau dan harta-harta wakaf masjid di dalam kariah masjid itu.
- Merancang dan menjalankan kegiatan-kegiatan yang difikirkan berfaedah, kepada
masjid seperti mendirikan TASKA, Kelas Bimbingan dan lain-lain, dengan terlebih dahulu
mendapat kebenaran bertulis daripada Majlis bolehlah mengutip derma Khairat untuk masjid, surau-
surau, TASKA dan Kelas Bimbingan dan lain-lain.
- Hendaklah bertanggungjawab tentang tanah-tanah wakaf
dan kubur-kubur orang Islam di dalam kariah masjid serta menyelia
penyelenggaraan penjagaan dan kebersihan.
- Hendaklah melarang dan mengambil tindakan memberhentikan sebarang pemindahan
di atas tanah-tanah wakaf dan kubur-kubur melainkan mendapat kebenaran
bertulis daripada majlis, dan
- Hendaklah memberitahu kepada Majlis apa-apa perbuatan yang melanggar undang- undang
yang dilakukan di atas tanah-tanah wakaf atau kubur.
Memberi Maklumat Kepada Majlis Di Atas Perkara-perkara Yang
Menghendaki Perhatian Majlis - Perkara 9
- Hendaklah jawatankusa memberitahu kepada Majlis apa-apa salahlaku
atau apa-apa pelanggaran peraturan atau arahan Majlis yang dilakukan
oleh seseorang Pegawai Masjid dan hendaklah memberi maklumat serta
surat mengenai perkara-perkara itu.
- Hendaklah jawatankuasa menyampaikan maklumat dengan segera kepada
Kadi Daerah berkenaan apa-apa kejadian yang melanggar undang-undang Islam.
- Hendaklah jawatankuasa memberitahu dengan segera kepada Majlis dan segala
perkara yang berbangkit di dalam kariah masjid yang menghendaki perhatian segera
dari Majlis.
Arahan Majlis - Perkara 10
- Hendaklah jawatankuasa melaksanakan atau membantu pelaksanaan mana-mana arahan
yang diberi oleh Majlis.
Mesyuarat-mesyuarat - Perkara 11
- Mesyuarat jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiap-tiap 3 bulan.
- Sesuatu mesyuarat itu hendaklah diadakan atas arahan pengerusi.
- Pengerusi boleh mengadakan sesuatu mesyuarat pada bila-bila masa yang difikirkan
patut, dan hendaklah diadakan sesuatu mesyuarat atas permintaan daripada sekurang-
kurangnya 3 orang ahli jawatankuasa atau 10 orang anak kariah.
- Jika pengerusi tidak hadir makan hendaklah timbalan pengerusi mengetuai mesyuarat
jawatankuasa itu.
- Korum bagi mesyuarat jawatankuasa ialah 5 orang termasuk pengerusi dan bagi mesyuarat anak
kariah ialah 11 orang termasuk pengerusi.
- Segala perkara-perkara yang dicadangkan untuk mendapat keputusan dalam mana-mana
mesyuarat jawatankuasa itu hendaklah diputuskan dengan undi terbanyak daripada ahli-ahli
yang hadir dan mengundi.
- Jika di dalam mana-mana perkara didapati undi itu sama banyak maka pengerusi berhak memberi
undi pemutus.
- Setiausaha hendaklah menyimpan butir-butir tiap-tiap sesuatu jawatankuasa itu dan
hendaklah menghantarkan salinan butir-butir mesyuarat serta penyata kewangan yang tersebut
kepada Yang DiPertua tidak lewat daripada 15 hari selepas tiap-tiap mesyuarat itu.
- Seorang ahli jawatankuasa yang tidak hadir selama 3 kali berturut-turut di dalam
mesyuarat jawatankuasa dengan tidak memberi sebab yang memuaskan atau yang telah dibenarkan
oleh Pengerusi, maka ia adalah dianggap lucut daripada menjadi ahli jawatankuasa.
||
Menu Utama ||
Pengenalan ||
Carta Organisasi||
Pegawai Agama ||
Senarai Kakitangan Pejabat ||
Panduan Pengimarahan ||
||
Senarai Tugas Kakitangan ||
Senarai Masjid Dalam Daerah ||
Berita Bergambar ||
Berita Semasa ||
||
Undang-Undang Yang Dipakai ||
Soal Jawab Agama ||
Borang ||
||
Tandatangan Buku Tetamu ||
Lihat Buku Tetamu ||