TITAH PERUTUSAN DYMM TUANKU SULTAN
Alhamdulillah, Beta bersyukur kehadrat Allah Subnanahu Wataala yang
telah menganugerahkan nikmat kepada Beta dan rakyat Beta di seluruh pelusuk Negeri. Beta sentiasa mengikuti dengan penuh minat perkembangan
dan pencapaian dari masa ke semasa yang berkaitan dengan institusi
masjid di negeri ini khususnya.
Justeru itu penerbitan Buku panduan perlaksanaan pengurusan Aktiviti
Pengimarahan masjid Negeri Kedah Darul Aman ini, Beta harapkan akan
benar-benar berfungsi sebagai obor yang menyinarkan cahaya kepada
jentera pentadbiran masjid khususnya.
Kepada pentadbir-pentadbir masjid dan semua umat Islam di negeri ini,
Beta berharap agar dapat menterjemahkan kandungan buku ini sebaik mungkin supaya matlamat
penerbitan buku ini untuk dijadikan panduan pengurusan
masjid akan tercapai.
Beta berkeyakinan, penerbitan buku ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan
Kegeri Kedah Darul Aman untuk memperkemaskan peranan institusi masjid bagi menerajui arus
kemajuan pemikiran umat Islam dalam era zaman yang berasaskan kepada
teknologi maklumat.
Beta berdoa, semoga usaha murni ini akan mendapat kejayaan dari allah
Subhanahu Wataala.
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN
ALMU`TASIMU BILLAHI MUHIBUDDIN TUANKU AL HAJ
ABDUL HALIM MU`ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN
BADLISHAH, DK., DKH., DKM., DUK., DK.,(Kelantan),
DK.(Pahang),DK.(Selangor),DK.(Perlis),DK.(Negeri Sembilan),DK.
(Johor),DK.(Terengganu),DK.(Perak),DP.(Serawak),DUNM.,SPMk.,
SSDK.,DHMS.
SULTAN NEGERI KEDAH DARULAMAN
Menu Utama ||
Pengenalan ||
Carta Organisasi||
Pegawai Agama ||
Senarai Kakitangan Pejabat ||
Panduan Pengimarahan ||
||
Senarai Tugas Kakitangan ||
Senarai Masjid Dalam Daerah ||
Berita Bergambar ||
Berita Semasa ||
||
Undang-Undang Yang Dipakai ||
Soal Jawab Agama ||
Borang ||
||
Tandatangan Buku Tetamu ||
Lihat Buku Tetamu ||