SENARAI TUGAS PEMBANTU TADBIR KANAN
- Menandatangani resit-resit rasmi JAIK/MAIK.
- Menyemak resit-resit JAIK/MAIK serta memasukkan perolehan ke bank.
- Mengawal dan mengemaskini Buku Tunai Cerakinan (Kew.248) Jabatan dan majlis serta
menguruskan penutupan Akaun Harian,Mingguan dan Bulanan.
- Menyediakan Penyata Pemungut Jabatan dan majlis serta merekodnya
dalam Daftar Penyata Pemungut (Kew.244) setiap minggu.
- Menyediakan Penyata Penjenisan Hasil (Kew. 243)Jabatan.
- Menyediakan Penyata Perolehan Bulalan Pejabat.
- Menyediakan Penyata Perolehan Imam-Imam Masjid Daerah Baling.
- Menyemak serta menyediakan Penyata Akaun Kira-Kira Tunai Bulanan jabatan untuk
diserah ke Perbendaharaan (Bahagian odit).
- Mengawal dan merekod Daftar Pembayaran Pejabat.
- Mengawal dan merekod Daftar "Terimaan Barang-Barang Berharga"(Daftar Mail) Pejabat
- Mengurus dan menyelenggara Kira-Kira Panjar Wang Runcit pejabat dan menyediakan baucer-baucer rekupan dari masa
ke semasa
- Mengurus pembelian segala peralatan pejabat dan menyediakan Pesanan Kerajaan (Local order)
yang diperlukan.
- Mengurus dan menyemak segala bil-bil tuntutan pejabat dan menyediakan baucer-baucer
pembayaran untuk dikemukakan ke Bendahari Negeri Kedah darul Aman.
- Menjaga peti besi pejabat dan memegang satu anak kuncinya.
- Mengurus dan menyelenggara Daftar Pertaruhan Perseorangan Pejabat.
- Mengawal selamat stok Borang-Borang Kawalan Pejabat.
- Mengawal dan menyenggara stok alat tulis pejabat.
- Mengawal dan mengurus Buku daftar Nikah/Cerai/Rujuk pejabat.
- Mengawal dan mengurus rekod daftar Inventori pejabat dan mengatur pembaikan
peralatan pejabat yang rosak.
- Mendaftar dan mengawal selamat fail-fail pejabat.
- Menyedia anggaran hasil dan perbelanjaan tahunan pejabat.
- Menyedia rekod cuti pegawai dan kakitangan serta menyedia return cuti kepada jabatan.
- Menjawab soalan Odit, Perbendaharaan dan lain-lain mengenai pentadbiran dan kewangan pejabat.
- Mengawal daftar perolehan NCR daripada Imam-Imam dan menyempurnakan penyata perolehan
untuk serahan Audit serta buku-buku NCR yang diserah oleh Imam.
- Membantu pegawai-pegawai lain merancang kebajikan kakitangan dan keselesaan awam di pejabat.
- Lain-lain tugas yang diarah oleh Pegawai Agama Daerah dari masa ke semasa
|