SENARAI TUGAS PEMBANTU AM RENDAH
- Bertanggungjawab membuka dan menutup pejabat.
- Mendaftar surat masuk/keluar.
- Mengepos surat dan menghantar surat melalui tangan ke pejabat-pejabat kerajaan.
- Mengisi borang carian salinan Surat Nikah, Cerai dan Rujuk.
- Mencetak kertas pendua dan menyelia peralatan cetak dan mesin fotostat.
- Menunjuk arah tuju kepada orang ramai yang berurusan dengan pejabat.
- Menghantar surat yang diperlukan dengan segera ke Jabatan Agama.
- Mengedar surat kepada Pegawai-pegawai selepas diminit oleh kadi.
- Memegang dan menyimpan kunci pejabat di balai polis.
- Membantu lain-lain pegawai berkaitan dengan urusan pejabat.
- Mencari fail-fail dan surat Nikah, Cerai dan Rujuk yang lama.
- Mengawal setem pos pejabat.
- Membuka surat rasmi Pejabat Agama Baling.
- Lain-lain tugas yang diarah oleh Pegawai Agama Daerah dari masa ke semasa
|