3.1 Buku Tunai
Buku tunai mengandungi dua bahagian:
Semua penerimaan-penerimaan tunai atau cek akan direkodkan pada bahagian ini.Perlu diingat
bahawa setiap penerimaan hendaklah dikeluarkan resit oleh Bendahari sebagai bukti penerimaan.
Resit mestilah dikeluarkan pada masa urusan penerimaan wang dibuat dan jika seseorang
penyumbang atau penderma hadir sendiri resit asal mestilah diserahkan kepadanya.
Sekiranya terdapat resit yang silap atau rosak, ianya mestilah jangan dibuang tetapi
mestilah dibatalkan dan simpan untuk tujuan penyemakan oleh Juruaudit yang dilantik tadi.Resit
tadi hendaklah ditandatangani oleh Bendahari atau Jawatankuasa yang diberi kuasa dan diisi dengan
lengkap seperti tarikh wang yang diterima, nama penyumbang dan jenis penerimaan.Resit perlu diguna
mengikut turutan nombor siri dan tidak boleh melangkah resit-resit yang lain.Bendahari
hendaklah menyimpanbuku resit di tempat yang selamat dan sebaiknya di tempat berkunci.
Penggunaan resit juga dijelaskan dalam Peraturan Pegawai-pegawai Masjid tahun 1967 dan Peraturan
Jawatankuasa kariah tahun 1984 No.14.2 bermakna "hendaklah dikeluarkan resit bagi wang yang dibayar kepada
Jawatankuasa tiap-tiap apa jua perbelanjaan boleh ditanggung pembayarannya oleh Bendahari melainkan kebenaran
Jawatankuasa".
Penerimaan-penerimaan ini kemudian dikelaskan mengikut jenisnya seperti penerimaan derma,bantuan dari Jabatan Agama,
derma pembaikan masjid, Tabung Hari Jumaat dan pungutan-pungutan lain.Setiap jenis penerimaan hendaklah dicatatkan
ke dalam kolum yang telah dikhaskan dibuku tunai.Ini boleh dilihat Lampiran 1.Pengelasan
-pengelasan ini perlu pula dibuat pada rekod penerimaan bagi memudahkan perkiraan dan pengelasan bila kita hendak
menyediakan penyata-penyata yang berkaitan nanti.
Di akhir period, kita perlulah campurkan ke bawah semua `kolum-kolum` pada
buku penerimaan tunai ini.Jumlah baki-baki tiap-tiap kelas penerimaan dicampur dengan baki tunai awal mestilah sama
dengan jumlah yang ditunjukkan pada kolum penerimaan tunai.Contoh Bahagian
penerimaan di buku tunai ditunjukkan dalam Lampiran 1.
Bahagian kanan Buku Tunai pula merekodkan pembayaran-pembayaran yang dibuat oleh masjid di dalam satu period.
Semua pembayaran-pembayaran mestilah dibuktikan dengan satu dokumen dipanggil baucar pembayaran.
Lihat lampiran 2
Sama seperti di dalam hal penerimaan, pembayaran-pembayaran juga perlu dikelaskan mengikut kelasnya.
Ini ialah seperti belanja bekalan pejabat, belanja kertas dan dakwat pendua,belanja jamuan ringan, bayaran air, api dan
lain-lain.Pengelasan-pengelasan ini akan dibuat pada bahagian pembayaran tunai seperti yang ditunjukkan pada
Lampiran 1.Nombor rujukan baucar pembayaran dan nombor cek jika dibuat dengan cek perlulah direkodkan pada ruang
No. cek.Di akhir period baki-baki kolum ini perlulah dijumlah.Jumlah baki kolum-kolum jenis pembayaran mestilah sama dengan baki kolum pembayaran tunai.
Pengeluaran wang perlulah dikawal dengan ketat agar pengeluaran wang tadi benar-benar atas kepentingan masjid dan bukan tujuan lain.Ini dapat mengelakkan sebarang penyelewengan
Baucar perlu disediakan dengan mengisi butir-butir yang lengkap seperti tarikh, nombor baucar, nama dan alamat penerima, jenis pembayaran dan jumlah yang
dibayar.Butir-butir di dalam baucar mestilah sama seperti mana yang terdapat di bil atau invois yang hendak dibayar.Baucar ini hendaklahdisediakan oleh Bendahari dan
menandatangani baucer tersebut dan ditandatangani oleh pengerusi untuk mengesahkannya.Baucar tersebut akan ditandatangani oleh penerima bayaran sebagai tanda
ia telah menerima pembayaran tersebut.
Sekiranya sesebuah masjid menggunakan cek bagi tujuan pembayaran, orang yang menandatangani cek hendaklah diberi kuasa oleh Jawatankuasa Masjid, kuasa untuk
menandatangani cek ini hendaklah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Masjid.Selalunya orang yang menandatangani cek ini adalah sama dengan orang yang menandatangani baucer
bayaran.Cek adalah sebaik ditandatangani oleh 2 orang.
Buku ini merupakan rekod subsidiari (sampingan) untuk tunai.Ia merupakan rekod khas
yang digunakan untuk tabung dana runcit.Tabung dana runcit ialah tabung wang kecil yang
disimpan oleh jawatankuasa-jawatankuasa tertentu atau Bendahari bagi membuat pembayaran-pembayaran kecil-kecilan.
3.2.1 Buku ini akan merekodkan semua ambilan-ambilan yang dibuat dari akaun bank
untuk disimpan di dalam tagung dana runcit dan merekodkan semua pembayaran yang dibuat melalui Tabung Wang Runcit ini.
3.2.2 Semua pembayaran- pembayaran ini juga mestilah dibuktikan dengan baucar dana runcit yang
telah disahkan,(Contoh Lampiran 3).Nombor baucar perlulah direkodkan pada buku ini.Ruang kelima
pada buku dana runcit ini menunjukkan baki setiap masa selepas sesuatu urusniaga itu berlaku.Ini perlu untuk
menentukan baki-baki tunai di tangan pada setiap masa.(Contoh Lampiran 4).
Sesebuah masjid atau badan sukarela sekurang-kurangnya mestilah mempunyai
sebuah rekod perakaunan yang dipanggil Buku tunai.Jika persatuan juga menyimpan dana runcit (petty cash)
ia juga memerlukan sebuah lagi rekod yang dipanggil Buku Dana Runcit.
Buku Dana Runcit (Tabung wang Runcit)
Bahagian kiri merekodkan penerimaan-penerimaan di dalam sesuatu waktu @ period.
Ia dimulakan dengan baki tunai awal yang dibawa dari period lepas (atau dari Kunci
Kira-kira).