Untuk tujuan menyediakan penyata penerimaan dan pembayaran baucar-baucar dana runcit
dan baucar bayaran mestilah dikelaskan mengikut mengikut jenis yang sama seperti yang wujud
pada jenis-jenis pembayaran.
Satu contoh rupabentuk Penyata dan Pembayaran adalah ditunjukkan di
lampiran 5.
Penyata Penerimaan dan Pembayaran ini merupakan suatu cabutan dan ringkasan dari buku tunai
dan buku tunai bagi jangka masa tertentu.Penyata ini disediakan pada setiap hujung bulan yang mana
jumlah penerimaan dan pembayaran dalam satu-satu bulan boleh dibuat.
4.2 Penyediaan Penyata Pendapatan Dan Perbelanjaan
Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan pula disediakan dengan menyelaraskan data-data rekod penerimaan
dan pembayaran.Penyelarasan adalah bagi mengambil kira perkara-perkara berikut:
4.2.1 Jumlah belum terima dalam bentuk:
4.2.2 Jumlah Bekalan atau inventor yang belum habis dan masih boleh digunakan atau dijual
pada period hadapan.Jumlah ini perlu dinilaikan pada kos puratanya dengan proses pembahagian.
ia perlulah ditolakkan dari jumlah pembayaran pada buku pembayaran untuk
mendapatkan angka perbelanjaan di period semasa.
4.2.3 Jumlah Hutang atau Obligasi Belum Dibayar
Jumlah ini perlulah dicampurkan kedalam baki pembayaran pada buku pembayaran mengikit
kelasnya bagi mendapatkan baki perbelanjaan.
Baki-baki mengikut jenis perbelanjaan pada buku dana runcit perbelanjaan untuk tujuan
penyediaan Penyata Pendapatan Dan Perbelanjaan.
Ditunjukkan juga di Lampiran 6 .Satu
contoh rupa bentuk Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan.
Kunci Kira-Kira
Kunci Kira-kira disediakan dengan berasaskan kepada Kunci Kira-kira di tahun lepas.
Penyata-penyata Penerimaan dan Pembayaran dan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan
yang baru siap disediakan di atas period semasa.
Dari Kunci Kira-kira period lepas kita memerlukan data-data tentang harta Tetap
dan tanggungan jangka panjang yang perlu dibawa ke hadapan ke period-period
berikut.Jumlah dana terkumpul awal juga didapati dari dana terkumpul pada Kunci
Kira-kira pada period lepas.Penyata Penerimaan dan Pembayaran menunjukkan baki tunai
bersih dalam tangan dan di bank yang wujud di akhir-akhir period.Angka ini diperlukan
untuk penyediaan Kunci Kira-kira.Baki akhir dana runcit pada Buku Dana Runcit mestilah
sama dengan baki yang ditunjukkan pada Penyata Penerimaan dan Pembayaran sebagai
baki tunai di tangan.
Angka jumlah-jumlah belum diterima didapati dengan membandingkan baki angka -angka
pendapatan mengikut jenis dan angka-angka penerimaan yang sama pada penyata-penyata
kewangan yang tertentu.
Akhirnya angka bekalan inventori akhir ialah angka-angka yang telah ditetapkan
semasa penyediaan Penyata Penerimaan dan Pembayaran.Ini merupakan angka-angka
bakian ke atas kos barang-barang yang telah dianggap sebagai perbelanjaan semasa.Satu contoh rupabentuk
Kunci Kira-kira ditunjukkan pada Lampiran 7
Penyediaan penyata ini amat penting bagi tujuan pembentangan keadaan kewangan
dalam mesyuarat agong.Penyata ini disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh
Juruaudit yang telah dilantik sebelum dibentangkan dalam mesyuarat agong untuk
diluluskan.Ini disebut dalam Peraturan Pegawai-Pegawai Masjid Tahun 1967 dan
Peraturan Jawatankuasa Kariah tahun 1984 Undang-undang Pentadbiran Agama Islam
1962 No.14.3 yang berbunyi "penyata kira-kira hendaklah diluluskan dalam mesyuarat
jawatankuasa."
Dibawah peruntukan undang-undang yang sama setiap masjid hendaklah menghantar
Penyata Kira-kira pada 31 disember tahun yang lepas kepada Setiausaha Majlis
Agama Islam Negeri Kedah melalui Kadi Daerah tidak lewat daripada 31 Mac
tiap-tiap tahun.
4.1 Penyediaan Penyata Penerimaan Dan Pembayaran Buku Tunai Menjadi Asaa
Penyediaan Penyata Penerimaan Dan Pembayaran
Jumlah ini perlu dicampurkan kepada baki-baki penerimaan pada Buku Penerimaan untuk mendapatkan
jumlah pendapatan dari tiap-tiap sumber seperti di atas.