Peraturan
- Jawatankuasa biro hendaklah mengadakan peraturan dan pelajar-pelajar hendaklah dimaklumkan
dan dikehendaki patuh kepada peraturan yang telah dikeluarkan.
Contoh kelas mengulangkaji pelajar:
- 7.15 malam - Sembahyang Masjid
- 7.45 malam - Ulangkaji pelajaran
- 8.30 malam - Sembahyang Isyak
- 9.00 malam - Ulangkaji pelajaran
- 10.00 malam - Bersurai
- Kehadiran pelajar dicatat dalam buku kedatangan.
- Pengawasan- Jawatankuasa bolehlah menggunakan khidmat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung iaitu
individu yang bersedia berkhidmat secara bergilir mengawas perjalanan kelas.
- Waris-waris hendaklah memastikan keselamatan anak-anak mereka pergi dan balik ke masjid.
Saguhati/Jamuan
Jawatankuasa biro hendaklah membayar saguhati kepada tenaga pengajar,pengawas yang dilantik sekiranya berkemampuan.
Jamuan juga bolehlah diadakan sekiranya mampu dengan menggunakan wang sumbangan orang-ramai.
Hari Penyampaian hadiah Kepada Pelajar Cemerlang Untuk Pelajar TASKA,UPSR,PMR,STPM Dan Universiti
Sebagai satu penghargaan daripada masjid terhadap pelajar-pelajar cemerlang dan dorongan untuk pelajar bersaing untuk
meningkatkan prestasi pencapaian pelajaran mereka.
Perlaksanaan
Jawatankuasa biro hendaklah merancang untuk:
- Tentukan tarikh yang sesuai.
- Peruntukan dan bentuk hadiah.
- Penyampaian hadiah.
- Aturcara majlis.