2.MATLAMAT AKTIVITI PENGIMARAHAN MASJID
Sebelum perancangan dibuat, matlamat yang ingin dituju dalam perancangan tersebut mestilah jelas agar apa yang dirancang kelak
mencapai tujuan atau matlamatnya ialah seperti berikut:
- Masjid adalah rumah Allah di bumi atau lebih khusus rumah Allah dalam sesebuah kariah.
Sifatnya yang sedemikian bermaksud masjid mestilah mempunyai semua kelebihan dari bangunan
atau tempat-tempat lain dalam kariah.Ia sepatutnya lebih cantik,lebih kemas, lebih bersih, lebih canggih,
lebih dikunjungi (diimarah) dan sebagainya.Kedudukannya mestilah tidak lebih rendah dari apa-apa bangunan lain
dalam kariah.
- Masjid adalah institusi tertinggi dalam sesebuah kariah yang menguruskan kehidupan masyarakat Islam yang
tinggal di dalamnya.Bidang aktiviti dan programnya tidak terbatas pada lingkongan pagar masjid dan tanah perkuburannya
tetapi meluas kepada sempadan kariah meliputi aspek berikut:
- Dakwah.
- Pendidikan.
- Maklumat dan penerangan.
- Program kehidupan dan budaya kariah.
- Kebajikan.
- Perhubungan dan perpaduan.
- Ekonomi.
- Kemudahan dan infrastruktur.
- Nikah/kahwin.
- Kelahiran/kematian.
- Masjid adalah pusat kegiatan dan pentadbiran hidup masyarakat Islam sesuatu kariah.Semua kegiatan
hidup masyarakat Islam dalam kariah tersebut hendaklah sedapat mungkin dilaksanakan di masjid.Konsep ini akan
menghapuskan fahaman bahawa masjid adalah tempat ibadat khusus semata-mata, yang ternyata telah membataskan
kegiatan masjid.Konsep ini akan mengangkat martabat masjid kembali ke kedudukan yang asal.
- Masjid mestilah berkemampuan dan berperanan membantu masyarakat dari berbagai golongan.Kedudukannya
sekarang sebahagian masjid mengharapkan bantuan dari anak kariahnya untuk masjid itu terus hidup dan berfungsi.
masjid sepatutnya berperanan membantu hal-hal kebajikan masyarakat seperti kebajikan pada fakir miskin, anak yatim, warga tua dan mereka yang tidak berkemampuan.
- Masjid mestilah berkemampuan dan berdayamaju menandangi arus perubahan hidup masyarakat masakini supaya tidak menjadi terpinggir
atau tersisih dari masyarakat.Masjid hanya akan diterima oleh masyarakat di masa depan andainya ia terus diberi wajah pembaharuan
seiringan penbaharuan berbagai bidang hidup.Perubahan ini melibatkan aspek;
- Sistem pengurusan moden seperti satu jabatan di kariah.
- Kemudahan-kemudahan moden untuk pentadbiran dan melaksanakan program.
- Masjid bukan lagi diurus secara sambilan bila ada masa lapang, tetapi diurus dengan bersungguh-sungguh dan berterusan serta memerlukan perancangan
jangka pendek dan panjang.
- Mengembalikan fahaman bahawa tugas menguruskan pengimarahan masjid adalah suatu pewarisan usaha dari apa yang telah dilakukan
Rasulullah S.A.W. dan dengan itu ia adalah satu dari kerja ibadat yang besar.
||
Menu Utama ||
Pengenalan ||
Carta Organisasi||
Pegawai Agama ||
Senarai Kakitangan ||
Panduan Pengimarahan Masjid ||
||
Senarai Tugas Kakitangan Pejabat ||
Senarai Masjid Dalam Daerah Baling ||
Berita Bergambar ||
Berita Semasa ||
||
Undang-Undang Yang Dipakai ||
Ruangan Kemusykilan Agama ||
Borang ||
||
Tandatangan Buku Tetamu ||
Lihat Buku Tetamu ||