Mengimarahkan masjid pula adalah tugas yang berkait rapat dengan
konsep kejadian manusia untuk melaksanakan amru bil makruf
dan nahi mungkar. Justeru itu, Setiap individu muslim seharusnya menunjukkan
iltizam supaya memastikan pengurusan masjid berfungsi sebagai
pusat ibadah dan pembangunan ummah.
Pentadbiran dan pengurusan masjid perlulah dikemaskini
terutamanya mekanisme yang bercirikan profesionalisme dalam
segala tingkah laku pengurusan dan pentadbiran masjid.Ini adalah
kerana pembangunan dan kecemerlangan ummah bermula dari sejauhmana
berkesannya jentera pelaksana pengurusan masjid.
Untuk menyahut seruan Kerajaan Negeri, maka Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam, Negeri Kedah Darul Aman telah mengambil inisiatif
memperbaharui struktur pentadbiran masjid dengan meujudkan biro-biro
seperti berikut:
Pentadbiran masjid dilaksanakan mengikut kawalan
Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah Bil.
9/1/1962 dan perauturan Pegawai Masjid dan Jawatankuasa
kariah 1984.
Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman di bawah pimpinan Y.A.B Tan Sri Datuk
Seri Sanusi bin Junid telah meletakkan harapan yang tinggi
supaya fungsi masjid diperbaharui sejajar dengan
slogan "Masjid Sebagai Pusat Aktiviti Masyarakat".
Dengan terbitnya Buku Panduan Pengurusan Masjid ini,
yang mengandungi:
Bab 1 - Pentadbiran Masjid
Insya-Allah ianya akan menjadi sebahagian dari garis
panduan untuk diikuti dan dilaksanakan di dalam pentadbiran
kariah.
Masjid adalah sebuah institusi ibadah yang sepatutnya
berkembang sejajar dengan arus perkembangan zaman dan memainkan peranan
di dalam kehidupan masyarakat Islam sebagai sebuah institusi
membina kemajuan ummah.
Bab 2 - Pengurusan Kewangan
Bab 3 - Pengurusan Aktiviti Pengimarahan Masjid