PENGAWASAN
6.1 Merancang Semua Program Masjid Secara jangka Pendek Dan Jangka panjang.
- Membentuk kertas kerja oleh biro-biro.
- Mengemukakan kepada Jawatankuasa Kariah untuk perbincangan dan kelulusan.
- Melaksanakannya oleh biro-biro.
6.2 Melaksanakan Kempen Melalui Pengumuman Dan Poster.Contohnya:
- Kempen menaja tiang lampu.
- Kempen pakatan korban.
- Kempen anti video game.
6.3 Memberi Nasihat Dan Ajakan-Dibuat Dalam Pengumuman Sebelum Jumaat.Contohnya:
- Jangan biarkan anak bermain mercun.
- Jangan bawa motosikal laju di dalam kampung.
- Peringatan kepada ibu bapa tentang anak melepak.
- Mengajak anak kariah datang solat berjemaah.
6.4 Sebaran Dan paparan Di papan Kenyataan.
- Menerbitkan buletin masjid pada setiap minggu yang mengandungi berita,
nasihat dan petikan ilmu.
- Berita dari luar menerusi petikan internet.
- Berita dari akhbar.
6.5 Membangkitkan Isu Untuk Dijadikan bahan Perbincangan masyarakat Supaya Masjid
Menjadi Bahan Bualan Melalui:
- Isu haram rokok.
- Menghebahkan cerita-cerita semasa yang benar-benar berlaku dan boleh dijadikan pengajaran.
6.6. Mengadakan Keramaian Di masjid
- Kerap mengadakan kenduri di masjid.
- Mengajak diadakan kenduri arwah di masjid.
- Moreh secara besar-besaran.
- Program anak angkat di masjid.
- Majlis jamuan hari raya di masjid.
6.7 Mewujudkan Keistimewaan-keistimewaan Di Masjid Yang Jarang Ada Di Tempat Lain Dalam Kariah.
- Resepi masakan di masjid berbeza dari tempat lain.Contoh Masjid Al-Barakah, Tikam Batu mempunyai
resepi istimewa nasi bukhari, beriani ala al-barakah, daging karapole, sweet andf sour ala al-barakah.
- Air terjun buatan, pancuran air dan menghiaskan masjid.
6.8 Memusatkan Semua Urusan Hidup Di Masjid.
- Kenduri, majlis akad nikah, belajar, kursus haji, urusan mati, khairat, jualbeli,pertelingkahan dalan kariah, kemudahan awam,
kemudahan kenduri kendara, urusan anak yatim dan fakir miskin, TASKI, pos surat, korban, aqiqah, mempertemukan jodoh
dan berbagai hal lagi.
- Klinik, kedai, pusat maklumat kariah dan lain-lain lagi.
6.9 Amaran Dan tindakan Undang-undang.
- Kepada mereka yang tidak solat Jumaat dan terus melakukan dosa (berjudi dan minum arak).
- Perbuatan khalwat dan zina.
6.10 Melaksanakan Majlis-majlis Dengan Jabatan Kerajaan Atau Swasta Di Masjid.
- Pendaftaran subsidi baja padi.
- Pendaftaran dan penyemakan daftar pemilih.
- Majlis penyampaian bantuan.
- Taklimat haji.
- Majlis ramah mesra dengan wakil rakyat.
- Klinik bergerak Jabatan Kesihatan.
- Pengambilan pekerja asing.
6.11 Melaksanakan Program Bersama Badan-badan lain Yang Ada Dalam Kariah.
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.
Sekolah rendah dan menengah.
Badan Kebajikan atau khairat kematian.
Pertubuhan belia.
Pertubuhan seni silat.
Persatuan marhaban dan berzanji.
||
Menu Utama ||
Pengenalan ||
Carta Organisasi||
Pegawai Agama ||
Senarai Kakitangan ||
Panduan Pengimarahan Masjid ||
||
Senarai Tugas Kakitangan Pejabat ||
Senarai Masjid Dalam Daerah Baling ||
Berita Bergambar ||
Berita Semasa ||
||
Undang-Undang Yang Dipakai ||
Ruangan Kemusykilan Agama ||
Borang ||
||
Tandatangan Buku Tetamu ||
Lihat Buku Tetamu ||