2.TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BENDAHARI MASJID



2.1 Bendahari bagi sesebuah masjid adalah orang yang paling penting dan bertanggungjawab ke atas kewangan sesebuah masjid.

2.2 Tugas bendahari yang utama adalah seperti berikut :

2.2.1 Menyimpan dan menjaga wang kepunyaan masjid yang telah dipercayakan kepadanya.

Tugas ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:

2.2.2 Menyimpan rekod-rekod penerimaan tunai pembayaran dan baki-baki dalam tangan. Di sini beliau mestilah menyimpan rekod perakaunan yang tepat untuk masjid.

Ini juga dinyatakan dalam Peraturan Pegawai-Pegawai Masjid Tahun 1967 dan Peraturan jawatankuasa Kariah Tahun 1984 Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam 1962 di bawah tajuk kira-kira No 14.1 berbunyi hendaklah Bendahari menyimpan kira-kira dengan betul berkenaan dengan perolehan dan Perbelanjaan Jawatankuasa:

2.2.3 Memberitahu ahli-ahli tentang kedudukan kewangan masjid dan aktiviti persatuan dari segi kewangan untuk sesuatu tempoh masa.Ini ialah dengan penyediaan tiga penyata utama:

2.2.4 Membantu merancang aktiviti masjid dengan menyediakan belanjawan kewangan yang berkaitan dengan rancangan aktiviti-aktiviti persatuan.

Belanjawan ini adalah dalam bentuk anggaran perbelanjaan (dan pendapatan jika ada) untuk aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh persatuan tersebut.

2.2.5 Menyediakan rekod dan akaun-akaun untuk diaudit oleh Juruaudit yang dilantik oleh masjid tersebut.

Juruaudit ini mestilah dilantik sebanyak 2 orang yang bukan ahli Jawatankuasa masjid yang memegang jawatan selama 3 tahun.Perlantikan Juruaudit ini adalah dalam mesyuarat Jawatankuasa Kariah.

Ini adalah berdasarkan Peraturan Pegawai Masjid Tahun 1967 dan Peraturan Jawankuasa Kariah Tahun 1964 No. 17.

2.2.6 Bertanggungjawab tentang hal-hal kewangan di dalam mesyuarat agong tahunan pertubuhan masjid tersebut.Beliau patut menjawab pertanyaan ahli-ahli tentang hal-hal kewangan persatuan.



 || Menu Utama || Pengenalan || Carta Organisasi|| Pegawai Agama || Senarai Kakitangan Pejabat || Panduan Pengimarahan ||
|| Senarai Tugas Kakitangan || Senarai Masjid Dalam Daerah || Berita Bergambar || Berita Semasa ||
|| Undang-Undang Yang Dipakai || Soal Jawab Agama || Borang ||
|| Tandatangan Buku Tetamu || Lihat Buku Tetamu ||