SENARAI TUGAS PEMBANTU TADBIR KANAN

Pembantu Tadbir Kanan

Make your own free website on Tripod.com
  1. Menandatangani resit-resit rasmi JAIK/MAIK.

  2. Menyemak resit-resit JAIK/MAIK serta memasukkan perolehan ke bank.

  3. Mengawal dan mengemaskini Buku Tunai Cerakinan (Kew.248) Jabatan dan majlis serta menguruskan penutupan Akaun Harian,Mingguan dan Bulanan.

  4. Menyediakan Penyata Pemungut Jabatan dan majlis serta merekodnya dalam Daftar Penyata Pemungut (Kew.244) setiap minggu.

  5. Menyediakan Penyata Penjenisan Hasil (Kew. 243)Jabatan.

  6. Menyediakan Penyata Perolehan Bulalan Pejabat.

  7. Menyediakan Penyata Perolehan Imam-Imam Masjid Daerah Baling.

  8. Menyemak serta menyediakan Penyata Akaun Kira-Kira Tunai Bulanan jabatan untuk diserah ke Perbendaharaan (Bahagian odit).

  9. Mengawal dan merekod Daftar Pembayaran Pejabat.

  10. Mengawal dan merekod Daftar "Terimaan Barang-Barang Berharga"(Daftar Mail) Pejabat

  11. Mengurus dan menyelenggara Kira-Kira Panjar Wang Runcit pejabat dan menyediakan baucer-baucer rekupan dari masa ke semasa

  12. Mengurus pembelian segala peralatan pejabat dan menyediakan Pesanan Kerajaan (Local order) yang diperlukan.

  13. Mengurus dan menyemak segala bil-bil tuntutan pejabat dan menyediakan baucer-baucer pembayaran untuk dikemukakan ke Bendahari Negeri Kedah darul Aman.

  14. Menjaga peti besi pejabat dan memegang satu anak kuncinya.

  15. Mengurus dan menyelenggara Daftar Pertaruhan Perseorangan Pejabat.

  16. Mengawal selamat stok Borang-Borang Kawalan Pejabat.

  17. Mengawal dan menyenggara stok alat tulis pejabat.

  18. Mengawal dan mengurus Buku daftar Nikah/Cerai/Rujuk pejabat.

  19. Mengawal dan mengurus rekod daftar Inventori pejabat dan mengatur pembaikan peralatan pejabat yang rosak.

  20. Mendaftar dan mengawal selamat fail-fail pejabat.

  21. Menyedia anggaran hasil dan perbelanjaan tahunan pejabat.

  22. Menyedia rekod cuti pegawai dan kakitangan serta menyedia return cuti kepada jabatan.

  23. Menjawab soalan Odit, Perbendaharaan dan lain-lain mengenai pentadbiran dan kewangan pejabat.

  24. Mengawal daftar perolehan NCR daripada Imam-Imam dan menyempurnakan penyata perolehan untuk serahan Audit serta buku-buku NCR yang diserah oleh Imam.

  25. Membantu pegawai-pegawai lain merancang kebajikan kakitangan dan keselesaan awam di pejabat.

  26. Lain-lain tugas yang diarah oleh Pegawai Agama Daerah dari masa ke semasa