PERANAN MASJID
Untuk melaksanakan konsep masjid sebagai sebuah "Institusi
Masjid", maka kita haruslah mempunyai pandangan yang jauh
ke hadapan dan menjadikan masjid sebagai Pusat Pembangunan Islam
yang merangkumi semua kegiatan yang boleh diterjemahkan sebagai ibadah
.Institusi Masjid haruslah mempunya sekurang-kurangnya 50 peranan utama
, iaitu:
- PUSAT PEMBANGUNAN ISLAM
Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai
sebuah pusat perkembangan dan pembangunan Islam, di mana
segala-galanya bermula dan berkembang dari masjid.
- MASJID SEBAGAI LAMBANG KEAGONGAN ISLAM
Sebagai lambang kesyumulan Islam, makan setiap projek bandar baru,
kawasan perumahan, perhotelan dan kompleks perniagaan haruslah dimulakan
dengan pembinaan masjid atau jika kawasan itu adalah kawasan lama,
maka kawasan itu haruslah mempunyai masjid untuk menarik lebih ramai
orang Islam bertumpu ke tempat itu.
- PUSAT PERCAMBAHAN ILMU
Institusi Masjid haruslah dijadikan
tempat percambahan ilmu, dimana masjid haruslah
mempunyai perpustakaan yang lengkap bukan sahaja membekalkan buku-buku agama
, tetapi juga buku yang berkaitan dengan ibadah dan muamalah.Begitu juga buku
mengenai ilmu sosial, ekonomi, politik dan sebagainya haruslah diletakkan di dalam
perpustakaan masjid.Buku-buku ini boleh didapati secara mudah dan murah sekiranya pemimpin
masjid itu sanggup meminta dari badan-badan tertentu seperti Dewan bahasa dan pustaka, syarikat percetakan
dan sebagainya.Selain dari itu, Jawatankuasa Kariah juga boleh memohon derma
dalam bentuk buku daripada penduduk mukim atau daerah berkenaan.
- PUSAT TAMADUN ISLAM
Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat tamadun Islam,
maka roh Islam di zaman kegemilangan dan keagongan Islam boleh dikembalikan dan dikekalkan
untuk diwarisi oleh generasi terkemudian.masjid haruslah mempunyai satu ruang yang mencukupi untuk
melambangkan keagongan, kemegahan tamadun Islam di zaman lampau terutama sekali dalam pencapaian
Ilmu Perubatan, sains, Astronomi, matematik, falsafah dan sebagainya.Justeru itu haruslah dipamerkan
gambar-gambar dan sejarah hidup Ibnu Sina, Al-jabir, Imam Ghazali dan sebagainya.
- PUSAT PERCAMBAHAN FIKIRAN
Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai tempat untuk
mempercambahkan fikiran dengan adanya dialog, ceramah, seminar dan sebagainya.Kumpulan-kumpulan
kecil bolehlah ditubuhkan untuk menggunakan masjid sebagai tempat untuk mempertingkatkan
pemikiran dan menajam akal.
- RUMAH SUCI
Institusi Masjid ialah sebuah tempat suci yang menjadi tunjang kesucian Islam tanpa
dinodai oleh anasir-anasir negatif yang bertentangan dengan ajaran Islam yang berlaku bukan sahaja dalam kawasan masjid,
tetapi juga dalam mukim atau daerah di mana masjid itu terletak.
- PUSAT PENJAGAAN AYAT-AYAT SUCI
Institusi Masjid boleh dijadikan tempat untuk menjaga bacaan ayat-ayat suci.
Rakan Masjid sepatutnya didedahkan kepada peluang untuk menjadi Imam yang boleh memperdengarkan suara mereka. Kalaulah Imam
dapat berundur dalam sehari untuk memberi laluan kepada mereka yang berbakat untuk menjadi Imam, kemudian Imam boleh menegur
mereka yang membuat kesilapan dalam membaca terutama dalam Tajwid.Amatlah bertepatan dengan konsep Institusi Masjid sebagai
penjaga bacaan ayat-ayat suci.
- PUSAT BELAJAR AL-QURAN DAN TAFSIRNYA (ULUM AL-QURAN)
Kebanyakan masjid telah digunakan sebagai pusat pembelajaran Al-Quran
.Amalan ini haruslah diteruskan tetapi ada baiknya jika kita menambah amalan yang bukan sahaja setakat mengajar Al-Quran kepada anak-anak, tetapi juga
menerangkan maknanya atau diberi tafsiran Al-Quran kepada mereka supaya sendiri membaca ayat-ayat suci.
- PUSAT PENDIDIKAN
Institusi masjid haruslah dijadikan sebagai pusat pendidikan di mana anak-anak serta keluarga dapat
dididik di masjid.Masjid juga boleh dijadikan sebagai pusat pengukuhan ilmu.
- PUSAT PENGISIAN JIWA
Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat pengisian dalam ertikata yang luas:Pusat Pengisian
Kemerdekaan, Pusat Pengisian Rohani, Pusat Pengisian Ilmu dan sebagainya.
- PUSAT PENGUKUHAN IMAN DAN TAQWA
Institusi Masjid haruslah dijadikan pusat pengukuhan iman dan taqwa serta pusat
pengukuhan rohani.
- PUSAT PELENGKAP
Tiap-tiap orang kanak-kanak adalah didedahkan kepada pendidikan di rumah dan kemudiannya di sekolah.Institusi
Masjid bolehlaH dijadikan pusat pelengkap adab, sopan-santun dan sebagainya.Dengan kata lain,Institusi Masjid bolehlah dijadikan
"finishing school".
- PUSAT SANTAPAN ROHANI
Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat santapan rohani bagi penduduk mukim dan daerah,
sekurang-kurangnya buat permulaan.Masjid daerah haruslah d reka
dapat menghayati kesucian Islam.
- PUSAT EKONOMI
Masjid haruslah terletak di dalam satu kawasan yang luas, di mana di sekelilingnya hendaklah dipenuhi dengan aktiviti ekonomi dan sosial.Kedai adalah merupakan
aktiviti ekonomi yang digalakkan oleh Islam.Oleh itu, masjid haruslah mempunyai kedai atau bazar yang menjual beraneka keperluan masyarakat.Selain dari itu, kedai cenderamata yang menjual
artifak yang ada hubungannya dengan mukim.
- PUSAT PENGGEDARAN PRODUK DAERAH
Kerajaan Negeri Kedah telah telah memperkenalkan setiap daerah hendaklah mengeluarkan satu produk.Institusi masjid haruslah dijadikan salah satu
tempat untuk mempromosikan barang-barang yang dikeluarkan dalam daerah tersebut sebagai satu ibadat.Dengan cara itu, rezeki penduduk akan bertambah.Insya-Allah.
- MASJID SEBAGAI TAMAN
Masjid haruslah mempunyai kawasan lapang di sekeliling dan dipenihi dengan kawasn hijau untuk membolehkan para jemaah mendapat udara yang bersih sebelum atau
selepas sembahyang.Konsep itu belum nampak dilakukan di Kedah mungkin kerana ketiadaan tanah atau kebanyakan masjid terletak di kawasan sempit.Tetapi sekiranya masjid baru hendak dibina , maka
kawasan tempat masjid itu dibina hendak dibina hendaklah mempunyai pandangan yang cukup cantik dan dihiasi pula dengan taman yang indah.
||
Menu Utama ||
Pengenalan ||
Carta Organisasi||
Pegawai Agama ||
Senarai Kakitangan ||
Panduan Pengimarahan Masjid ||
||
Senarai Tugas Kakitangan Pejabat ||
Senarai Masjid Dalam Daerah Baling ||
Berita Bergambar ||
Berita Semasa ||
||
Undang-Undang Yang Dipakai ||
Ruangan Kemusykilan Agama ||
Borang ||
||
Tandatangan Buku Tetamu ||
Lihat Buku Tetamu ||