4.PENYEDIAAN PENYATA KIRA-KIRA



4.1 Penyediaan Penyata Penerimaan Dan Pembayaran Buku Tunai Menjadi Asaa Penyediaan Penyata Penerimaan Dan Pembayaran

Untuk tujuan menyediakan penyata penerimaan dan pembayaran baucar-baucar dana runcit dan baucar bayaran mestilah dikelaskan mengikut mengikut jenis yang sama seperti yang wujud pada jenis-jenis pembayaran.

Satu contoh rupabentuk Penyata dan Pembayaran adalah ditunjukkan di lampiran 5.

Penyata Penerimaan dan Pembayaran ini merupakan suatu cabutan dan ringkasan dari buku tunai dan buku tunai bagi jangka masa tertentu.Penyata ini disediakan pada setiap hujung bulan yang mana jumlah penerimaan dan pembayaran dalam satu-satu bulan boleh dibuat.

4.2 Penyediaan Penyata Pendapatan Dan Perbelanjaan

Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan pula disediakan dengan menyelaraskan data-data rekod penerimaan dan pembayaran.Penyelarasan adalah bagi mengambil kira perkara-perkara berikut:

4.2.1 Jumlah belum terima dalam bentuk:

Jumlah ini perlu dicampurkan kepada baki-baki penerimaan pada Buku Penerimaan untuk mendapatkan jumlah pendapatan dari tiap-tiap sumber seperti di atas.

4.2.2 Jumlah Bekalan atau inventor yang belum habis dan masih boleh digunakan atau dijual pada period hadapan.Jumlah ini perlu dinilaikan pada kos puratanya dengan proses pembahagian.

ia perlulah ditolakkan dari jumlah pembayaran pada buku pembayaran untuk mendapatkan angka perbelanjaan di period semasa.

4.2.3 Jumlah Hutang atau Obligasi Belum Dibayar

Jumlah ini perlulah dicampurkan kedalam baki pembayaran pada buku pembayaran mengikit kelasnya bagi mendapatkan baki perbelanjaan.

Baki-baki mengikut jenis perbelanjaan pada buku dana runcit perbelanjaan untuk tujuan penyediaan Penyata Pendapatan Dan Perbelanjaan.

Ditunjukkan juga di Lampiran 6 .Satu contoh rupa bentuk Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan.

Kunci Kira-Kira

Kunci Kira-kira disediakan dengan berasaskan kepada Kunci Kira-kira di tahun lepas. Penyata-penyata Penerimaan dan Pembayaran dan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan yang baru siap disediakan di atas period semasa.

Dari Kunci Kira-kira period lepas kita memerlukan data-data tentang harta Tetap dan tanggungan jangka panjang yang perlu dibawa ke hadapan ke period-period berikut.Jumlah dana terkumpul awal juga didapati dari dana terkumpul pada Kunci Kira-kira pada period lepas.Penyata Penerimaan dan Pembayaran menunjukkan baki tunai bersih dalam tangan dan di bank yang wujud di akhir-akhir period.Angka ini diperlukan untuk penyediaan Kunci Kira-kira.Baki akhir dana runcit pada Buku Dana Runcit mestilah sama dengan baki yang ditunjukkan pada Penyata Penerimaan dan Pembayaran sebagai baki tunai di tangan.

Angka jumlah-jumlah belum diterima didapati dengan membandingkan baki angka -angka pendapatan mengikut jenis dan angka-angka penerimaan yang sama pada penyata-penyata kewangan yang tertentu.

Akhirnya angka bekalan inventori akhir ialah angka-angka yang telah ditetapkan semasa penyediaan Penyata Penerimaan dan Pembayaran.Ini merupakan angka-angka bakian ke atas kos barang-barang yang telah dianggap sebagai perbelanjaan semasa.Satu contoh rupabentuk Kunci Kira-kira ditunjukkan pada Lampiran 7

Penyediaan penyata ini amat penting bagi tujuan pembentangan keadaan kewangan dalam mesyuarat agong.Penyata ini disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang telah dilantik sebelum dibentangkan dalam mesyuarat agong untuk diluluskan.Ini disebut dalam Peraturan Pegawai-Pegawai Masjid Tahun 1967 dan Peraturan Jawatankuasa Kariah tahun 1984 Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1962 No.14.3 yang berbunyi "penyata kira-kira hendaklah diluluskan dalam mesyuarat jawatankuasa."

Dibawah peruntukan undang-undang yang sama setiap masjid hendaklah menghantar Penyata Kira-kira pada 31 disember tahun yang lepas kepada Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah melalui Kadi Daerah tidak lewat daripada 31 Mac tiap-tiap tahun.



 || Menu Utama || Pengenalan || Carta Organisasi|| Pegawai Agama || Senarai Kakitangan || Panduan Pengimarahan Masjid ||
|| Senarai Tugas Kakitangan Pejabat || Senarai Masjid Dalam Daerah Baling || Berita Bergambar || Berita Semasa ||
|| Undang-Undang Yang Dipakai || Ruangan Kemusykilan Agama || Borang ||
|| Tandatangan Buku Tetamu || Lihat Buku Tetamu ||