Make your own free website on Tripod.com

8.PENUTUP



Secara ringkasnya pengurusan kewangan masjid memerlukan kerjasama yang erat di antara ahli Jawatankuasa Masjid bagi mengendalikan dan mengawal kewangan yang teratur.Penguran kewangan yang cekap dan teratur akan menggambarkan keadaan sebenar kewangan sesebuah masjid.Sekiranya terdapat persoalan antara ahli jemaah sesebuah masjid berkenaan penerimaan wang pembaikan masjid atau derma dan lain-lain,kita boleh mendapatkan jumlahnya dengan cepat dan tepat.

Pembentangan penyata kewangan dalam Mesyuarat Agong Masjid juga dapat kita bentangkan dan huraikan dengan lebih terperinci dan lengkap.Setiap persoalan dan masalah kewangan dapat kita atasi dengan cepat dan sempurna.Sekiranya masjid merancang sesuatu projek atau aktiviti,,kemampuan dari segi kewangan untuk tujuan tersebut adalah lebih senang dikaji dan diketahui.

Akhirnya, pengurusan kewangan yang teratur dapat memberi satu gambaran keseluruhan keadaan kewangan sesebuah masjid. Kebolehan dan kemampuan pengurusan dapat diukur, bagaimana harus bertindak,bagaimana hendak mengatasi, cara untuk mengawal perbelanjaan dan merancang menambah wang masjid , mengetahui berapa banyakkah wang yang ada, berapa banyakkah perbelanjaan kita dalam sesuatu bulan dan jangkaan perbelanjaan akan datang.Sistem pengurusan kewangan yang baik akan mengambarkan aliran wang yang tepat.



 || Menu Utama || Pengenalan || Carta Organisasi|| Pegawai Agama || Senarai Kakitangan || Panduan Pengimarahan Masjid ||
|| Senarai Tugas Kakitangan Pejabat || Senarai Masjid Dalam Daerah Baling || Berita Bergambar || Berita Semasa ||
|| Undang-Undang Yang Dipakai || Ruangan Kemusykilan Agama || Borang ||
|| Tandatangan Buku Tetamu || Lihat Buku Tetamu ||