Make your own free website on Tripod.com

3.KENAL PASTI PERMASALAHAN KARIAH



Selain meletakkan matlamat, mengenali masalah-masalah sedia ada dalam kariah dan masjid juga perlu diketahui kerana ia akan mempengaruhi bentuk perancangan yang akan dibuat.Usaha-usaha mestilah digembelengkan untuk menyelesaikan masalah yang ada disamping membentuk perancangan pembangunan.

Antara masalah-masalah yang biasa wujud dalam kariah dan masjid adalah :

  1. Jemaah kurang ramai baik pada solat waktu maupun solat Jumaat.

  2. Wujudnya perpecahan dari perbezaan fahaman politik dibawa ke masjid.

  3. Anak-anak kariah tidak mempunyai ilmu yang mendalam terhadap Islam.

  4. Golongan muda cetek ilmu, bahkan kuliah khusus untuk mereka tidak ada.Dengan itu tiada pelapis untuk mengisi ruangan masjid di masa depan.

  5. Tidak memahami peranan masjid.Masjid difahamkan sebagai tempat ibadat khusus sahaja dan sesuai untuk golongan tua dan orang-orang pencen.Masjid langsung tiada peranan dalam masyarakat dan institusi penting ini menjadi terpinggir.

  6. Perkara masjid amat jarang dibualkankan dan ia merupakan topik yang tidak menarik dalam perbualan masyarakat. Ini kerana tidak ada apa yang hendak dibualkan dimasjid.

  7. Masjid yang uzur, sempit, tidak selesa dan tidak diberi wajah pembaharuan yang selari dengan pembangunan aspek lain.Keadaan kebersihan khususnya tandas amat mengecewakan.

  8. Wujudnya kelompok manusia yang memegang Jawatankuasa Masjid sebagai satu kedudukan bukan untuk merancang kerja dan melaksanakannya.

  9. Wujudnya golongan masyarakat yang menjadi penentang kepada golongan masjid, pengkritik, dan anti pembaharuan.Golongan yang tidak mahu membuat apa sahaja sentiasa berpegang kepada pepatah siapa makan garam terlebih dahulu.

  10. Lain-lain permasalahan hendaklah dikenalpasti oleh Jawatankuasa Kariah sekiranya ada.

DENGAN BERLANDASKAN MASALAH -MASALAH DI ATAS, PROGRAM MASJID DIBENTUK BUKAN SAHAJA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH TETAPI DIRANCANG SUPAYA HASRAT MENJADIKAN MASJID SUPAYA DIIMARAH BAIK SEBAGAI TEMPAT IBADAT KHUSUS MAHUPUN SEBAGAI PUSAT KEGIATAN MASYARAKAT ISLAM AKAN DICAPAI.



 || Menu Utama || Pengenalan || Carta Organisasi|| Pegawai Agama || Senarai Kakitangan || Panduan Pengimarahan Masjid ||
|| Senarai Tugas Kakitangan Pejabat || Senarai Masjid Dalam Daerah Baling || Berita Bergambar || Berita Semasa ||
|| Undang-Undang Yang Dipakai || Ruangan Kemusykilan Agama || Borang ||
|| Tandatangan Buku Tetamu || Lihat Buku Tetamu ||