JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Make your own free website on Tripod.com
PENDAHULUAN

Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman No.32/1959) seksyen 33A memperuntukan bahawa Agama Negeri ialah Agama Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri. Dan diperuntukan juga bahawa Majlis Agama Islam hendaklah menolong dan menasihati Sultan.Dengan ini wujudlah Majlis Agama Islam sebagai pembuat dasar berhubung dengan pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam sebagai badan yang akan melaksanakan dasar-dasar yang dibuat oleh Majlis.

Jadi, pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah dikendalikan oleh dua badan yang mempunyai dua bidang tugas yang berbeza, tetapi mempunyai hubungkait yang rapat.Tugas dan fungsi kedua-badan ini sokong menyokong dan bertimbal balik.

PERANAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

Penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Kedah adalah berdasarkan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah 1962 (No. 9/1962). Ianya bertujuan untuk menolong dan menasihatkan Kebawah Duli Yang maha Mulia Tuanku Sultan dalam perkara-perkara yang bersangkutpaut dengan Agama Islam negeri ini dan membuat dasar berhubung dengan pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam di dalam Negeri Kedah Darul Aman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam pula merupakan sebuah agensi perlaksa dasar dan memberi pimpinan pentadbiran serta bertanggungjawab bagi menyediakan program, skim atau projek untuk pertimbangan Majlis bagi mengeluarkan panduan, dasar dan penerangan mengenai keputusan- keputusan kepada bahagian-bahagian di Jabatan dan Pejabat-pejabat Agama Daerah serta menyelia dan mengawal perlaksana keputusan- keputusan tersebut.Jabatan Hal Ehwal Agama juga bertanggungjawab mentadbir umat Islam di negeri ini dalam semua hal dan juga merancang, merumus dan menyelaras segala dasar dan maklumat berhubung dengan Agama Islam di samping menentukan bahawa dasar-dasar tersebut dijalankan dengan cekap dan sempurna.
Untuk Maklumat selanjutnya mengenai Jabatan Agama Islam Negeri Kedah bolehlah berkunjung ke Majlis Agama Islam Negeri Kedah.